Food Blog

Durian Oh
Durian

Sekarang ni keluar sahaja rumah hujung minggu mesti jalan jem. Sebab jalan-jalan dengan keluarga, pergi ‘open house’ sana sini, kenduri kahwin. Tapi bulan ni jalan jem bukan sebab nak beli-belah sangat pun, duit dah habis belanja untuk persiapan Hari Raya, shopping mall pun dah takde sale gila-gila. Ni sebab orang pakat ramai-ramai nak makan durian, pergi pesta durian, jualan durian murah, semua sebab durian sekarang. Kalau pergi sahaja Hulu Langat, sepanjang-panjang kilometer semua jual durian, dari Musang King, Kampung, D24, semua jenis durian ada.

Setiap durian lain-lain jenis, harga dan rasa pun lain. Durian yang paling sedap bila makan sampai menjilat jari, semestinya ‘Musang King’, semua jenis durian kalah kalau ‘Musang King’ ni ada. Rasanya yang manis berkrim itu, membuatkan orang sanggup beli walaupun harga lebih mahal berbanding jenis durian yang lain ada juga dijual dengan harga yang hampir mencecah ratusan ringgit. ‘Musang King’ bukan sahaja di Malaysia mendapat permintaan tinggi, di Luar Negar pun berebut-rebut nak durian ‘ Musang King’ ni.

Bila sudah beli durian mahal-mahal, mestilah kena tahu macam mana nak pilih durian dengan betul, taknaklah bila beli sampai rumah durian masuk tong sampah sebab kena tipu dengan penjual,durian tak sedap, isi rosak.

Antara tips-tips kalau nak beli dan pilih durian yang sedap:

Tangkai Durian

Tangkai pendek dan tebal bermakna isinya juga tebal dan banyak. Kalau tak ada tangkai tak payah beli.

Bentuk Bulat

Beli durian yang bentuknya bulat sebab isinya lebih banyak berbanding bentuk lonjong.

Bau Durian

Sebelum beli durian, cuba ambil bau, kebiasaanya, durian yang berbau kuat, isinya manis dan juga sedap.

Ringan

Pilih durian yang ringan sebab yang ringan itulah yang paling banyak isi.

Duri

Selalunya duri yang pendek dan jarang isinya lebih padat dan manis.

Bunyi

Cuba ketuk-ketuk sikit durian, kalau bunyi macam padat, eloklah durian itu.

Durian ni bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, kalau buat pengat, bubur pun sedap belum lagi cendol durian, order satu tak pernah cukup, lagi-lagi musim panas tekak selalu kering. Kalau pergi kedai atau kafe ada sahaja dessert dibuat daripada durian, durian crepe, kopi durian, kek durian, dodol durian, pizza durian pun ada dan macam-macam lagi.

Tapi jangan tak tahu, kalau nak makan aiskrim durian yang sedap datanglah kedai Foodmarket, kami ada jual aiskrim durian D24. Kalau tak cukup saiz kecil, beli saiz besar. Tak cukup satu beli dua. Bukan setakat aiskrim durian je, di Foodmarket pun ada lemang sushi durian khas kami bawa dari Negeri Sembilan. Kalau nak tengok durian rare, tengok logo kedai Foodmarket kami.

Jom singgah kedai Foodmarket di Bandar Seri Permaisuri, buka setiap hari jam 10 pagi hingga 10 malam. Layari laman web https://foodmarket.com.my/ untuk lebih info ataupun whatsapp di talian 019-666-4889.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *