Food Blog

5 Makanan Pelengkap Raya

Sambutan Hari Raya Aidilfitri anda pastinya kurang lengkap tanpa adanya juadah wajib seperti rendang, ketupat, lemang, serunding dan sebagainya. Ketupat menjadi pilihan utama bagi masyarakat melayu semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bukan sahaja di Malaysia, ketupat juga sebenarnya turut dinikmati di negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina.

1. Ketupat

Ada dua jenis ketupat yang biasa dibuat di Malaysia iaitu ketupat berbentuk segi empat menggunakan daun kelapa dan ketupat palas berbentuk segi tiga. Kebiasaannya, ketupat palas mempunyai dua jenis iaitu lemak manis dan mempunyai isi serunding di dalamnya. Ada juga ketupat palas goreng.

Ada dua jenis ketupat yang biasa dibuat di Malaysia iaitu ketupat berbentuk segi empat menggunakan daun kelapa dan ketupat palas berbentuk segi tiga. Kebiasaannya, ketupat palas mempunyai dua jenis iaitu lemak manis dan mempunyai isi serunding di dalamnya. Ada juga ketupat palas goreng.

2. Lemang

Selain ketupat, lemang juga adalah antara makanan tradisi yang dihidang semasa Hari Raya Aidilfiri. Lemang juga dianggap sebagai makanan melambangkan kemeriahan dan perantaraan hubungan silaturahim sesama manusia. Ini kerana lemang bukanlah makanan yang mudah untuk di masak ia memerlukan teknik yang betul. Oleh itu, sifat tolong-menolong diterapkan dalam diri semasa membuat lemang.

Bahan bahan asas untuk membuat lemang adalah beras pulut, santan, garam, daun pisang dan buluh. Bahan-bahan ini perlu dimasak secara berperingkat ke dalam buluh dan dimasak menggunakan langgai dan api. Pemilihan buluh memainkan peranan penting ketika memasak lemang. Buluh mestilah tidak terlalu tebal dan juga terlalu nipis untuk memudahkan proses memasak.

Selain daripada lemang tradisional yang biasa dihidang di pagi raya, anda juga boleh membuat kelainan degan menghidangkan lemang sushi. Lemang sushi ini menjadi menu pilihan bagi masyarakat Negeri Sembilan ketika tibanya musim perayaan. Walaupun mempunyai rasa yang unik, tetapi bahan asasnya masih menggunakan santan, dun pisang dan beras pulut biasa.

Di Food Market, kami bawakan khas lemang sushi dari Negeri Sembilan ini untuk anda dengan harga yang berpatutan. Di Food Market adanya lemang sushi rendang, lemang sushi serunding dan paling diminati adalah lemang sushi berintikan durian. Produk keluaran Awie Enterprise ini, juga adalah satu-satunya pengeluar produk lemang sushi dalam negara ini dan mendapat pengiktirafan daripada Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Anda boleh dapatkan lemang sushi frozen istimewa ini di Food Market sahaja. Bagi mereka di sekitar Kuala Lumpur kami boleh hantar sampai ke rumah anda. Boleh hubungi hotline Food Market di 0196664889.

Ada dua jenis ketupat yang biasa dibuat di Malaysia iaitu ketupat berbentuk segi empat menggunakan daun kelapa dan ketupat palas berbentuk segi tiga. Kebiasaannya, ketupat palas mempunyai dua jenis iaitu lemak manis dan mempunyai isi serunding di dalamnya. Ada juga ketupat palas goreng.

3. Kelupis

Di semenanjung ketupat dan lemang adalah simbolik hidangan semasa Hari Raya, manakala bagi masyarakat di Sabah & Sarawak kelupis adalah hero utama di atas meja semasa Hari Raya Aidilfitri.

Sama seperti ketupat dan lemang, kelupis juga boleh dimakan bersama rendang, sambal, seruding dan kuah kacang. Kelupis dibuat daripada beras pulut, santan dan dibalut dengan daun pisang ataupun daun nyirik untuk dikukus. Rasa kelupis ini lebih kurang sama seperti ketupat cuma teksturnya lebih lembut lagi.

Kebiasaannya, menjelang perayaan seperi Hari Raya Aidilfitri, kelupis ini dibuat secara bergotong-royong ataupun dipanggil acara “mengelupis” bersama keluarga sama seperti masyarakat di Semenanjung menyediakan ketupat mahupun lemang.

Proses membuat kelupis bermula mengupas dan memarut kelapa untk mendaptkan santan, mencuci beras, memasak, membungkus dan mengukus. Santan haruslah dimasak terlebih dahulu sebelum beras pulut dimasukkan untuk memastikan kelupis tahan lebih lama. Selepas itu, dibungkus menngunakan daun pisang dan dikukus sebelum dihidangkan.

Kelupis dari Sarawak yang boleh dapatkan di Food Market

4. Rendang

Tidak lengkap dan enak rasanya jika lemang dan ketupat tidak dimakan sekali bersama rendang semasa Hari Raya Aidilfitri. Di Malaysia, rendang adalah menu yang wajib ada bagi setiap negeri ketika musim perayaan. Setiap negeri dan daerah mempunyai hidangan dan resepi rendang yang tersendiri. Antara contoh dan jenis-jenis rendang yang terkenal di setiap negeri:

  • Rendang Ayam Lengkuas di Sabah
  • Rendang Daging Tok di Perak
  • Rendang Dinding di Perak
  • Rendang Hati di Johor
  • Rendang Ayam Nogori
  • Rendang Minang di Negeri Sembilan
  • Rendang Daging Hitam di Sarawak.

Proses penyediaan setiap jenis rendang ini mengambil masa yang agak lama untuk menyediakannya. Oleh itu, di Food Market anda boleh dapatkan pelbagai jenis paste rendang yang sedap untuk memudahkan proses penyediaannya menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

5. Serunding

Selain rendang yang terhidang di meja pada pagi raya anda, serunding juga boleh dijadikan sebagai juadah untuk melengkapkan Hari Raya Aidilfitri anda. Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering dan ada kala juga sedikit berminyak. Kebiasaannya, serunding sudah sedap di makan begitu sahaja tetapi anda juga boleh jadikan serunding sebagai makanan tambahan untuk di makan bersama lemang dan ketupat.

Food Market ada juga menjual serunding asli dari negeri Sembilan dan Kelantan. Serunding istimewa dari Negeri Sembilan ini seperti serunding daging, ayam dan ikan bilis boleh dapatkan di kedai Food Market kami di Bandar Tun Razak dan sekiranya anda tidak mempunyai masa ke kedai kami, boleh singgah membeli belah secara online di website kami https://foodmarket.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *